Wednesday 31 October 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA FIRUZ TIBET (CP06)



Batu Firuz merupakan salah satu batu yang paling lama digunakan oleh manusia. Batu ini mempunyai nilai keras 5-6 pada skala Mohs. Batu ini telah dikenalkan oleh bangsa Mesir dan ditemui di daerah Sinai lebih dari 6000 tahun silam dan banyak ditemukan dalam makam-makam kuno yang berusia lebih dari 4000 tahun sebelum Masehi. 


Namun kini firuz juga banyak ditemukan di bahagian barat daya Amerika Syarikat di negara Arizona dan New Mexico, dimana suku-suku Indian membuatnya menjadi perhiasan-perhiasan yang indah. Suku Aztec mengunakan firuz sebagai potongan kecil mozaic untuk menghias topeng yang digunakan pada upacara keagamaan dan hiasan lainnya.


Nama batu firuz “turquoise” dalam bahasa Prancis ertinya “batu Turki” yang diketahui memang berasal dari Turki kerana namanya, namun sebenarnya batu ini tidak ada di Turki. Turquoise merupakan batu kebangsaan negara Iran (Persia) dan digunakan untuk menghiasi mahkota kerajaan dan atribut bagi para bangsawan negara. Kualiti Turquoise terbaik di dunia ditemukan di Nishapur, bahagian Timur Laut Iran dan kegunaannya telah terkenal sekitar 3000 tahun silam.

Pada umumnya batu ini berwarna hijau tetapi yang berwarna biru lebih tinggi nilainya. Warna hijau di batu ini disebabkan adanya campuran besi dan warna biru pada batu pirus disebabkan adanya campuran tembaga. Urat-urat di batu ini yang berwarna merah sangat mahal harganya kerana dipercayai sebagai jenis batu firuz yang sangat berkuasa dan jika batu ini tidak ber-urat maka akan dianggap sebagai batu yang sudah “mati”.


Kegunaan atau manfaat
Batu pirus dipercayai memiliki pengaruh-pengaruh antara lain membawa kedamaian dan kebahagiaan dan menolak bencana atau bahaya....wallahualam...


CINCIN PERAK PERMATA DELIMA AFRIKA (CP05)


Cincin Perak 925 dengan permata Delima Afrika (Oval)





BERMINAT?SILA CALL @ SMS

CINCIN PERAK 925 DENGAN PERMATA BERYL (CP04)


Permata Beryl 
(Cincin perak 925 bertatahkan permata Beryl dikelilingi permata swiss)
Sememangnya Classic


Batu Permata Beryl ini biasanya banyak didapati Russia, Australia, Brazil, Czech Republic, France & Norway


Ia juga biasa didapati dalam warna merah jambu, keemasan, kuning, hijau, putih dan biru

Sedia untuk dimaharkan kepada yang berminat...
 
 
...SOLD...

Tuesday 30 October 2012

PERMATA ALEXANDRITE (BP03)



Permata Alexandrite

Alexandrite adalah batu chrysoberyl yang terdiri dari chromium, titanium dan besi. Batu alexandrite adalah salah satu batu yang paling cantik kerana pembuatan atau pembentukkan batu ini memerlukan kondisi geology yang unik, maka dari itu harganya pun amat mahal. Warna dari batu alexandrite ini dapat berubah-ubah bergantung pada waktunya, jika di siang hari batu ini berwarna hijau sedangkan kalau di malam hari terutama jika disinari lampu maka warnanya akan menjadi merah keungu-unguan atau merah darah. Ini disebabkan batu ini memang pleochroisme.

Batu alexandrite mendapat namanya kerana ditemukan pada ulang tahun Czar Alexander yang ke-16 dan dipersembahkan kepada Tsar Alexander II dari Russia. Dan dari Russialah biasanya batu-batu alexandrite yang bagus berasal. Batu ini juga dahulu dijadikan batu nasional para Tsarist dari Russia, adapun yang mengatakan warna bendera Russia diambil dari batu ini iaitu hijau dan merah. Keunikan dakam mengubah warna dari batu alexandrite, kecantikan dari batu ini dan ditambah dengan kekerasannya yang tinggi membuatkan batu ini salah satu batu yang mahal harganya.

Kegunaan atau manfaat
Batu alexandrite dipercayai memiliki pengaruh-pengaruh antara lain menguatkan batin dari pengaruh-pengaruh jahat, meningkatkan keberanian, mencegah mabuk laut dan memberi peringatan adanya ancaman bahaya (sinar lurus di tengah batu tersebut tidak bergerak seperti buasanya ke kanan dan ke kiri bertanda adanya bahaya yang sedang mengancam) wallahualam...


Dalam sisi astrology, zodiac
Dalam dunia astrology atau perbintangan batu alexandrite adalah batu untuk orang yang lahir di bulan Jun ( selain mutiara dan moonstone) dan batu ini dihubungkan dengan zodiac Gemini

(kepada yang berminat sila hubungi saya ditalian tertera)

CINCIN PERAK DENGAN PERMATA KYANITE (CP03)



Cincin Perak 925 Permata Kyanite









Kyanite berasal dari perkataan Greek kyanos, yang bermaksud biru. Akan tetapi permata kyanite bukan sahaja berwarna biru. Kyanite juga mempunyai beberapa warna iaitu merah jambu, hijau, kuning, kelabu dan hitam. 

Kyanite digunakan untuk merawat gangguan otot, demam, sistem urogenital, tiroid dan paratiroid serta kelenjar adrenal, tekak dan otak. Selain itu, kyanite juga bertindak melegakan kesakitan secara semulajadi dimana ia merendahkan tekanan darah dan menyembuhkan penyakit. Ia juga membantu untuk mengimbangi tenaga yin-yang.

BERMINAT?SILA CALL @ SMS
 
 
 
...SOLD...

PERMATA OPAL / KALIMAYA (BP02)


Permata Opal/ Kalimaya

Batu opal mempunyai nilai keras 5.5-6.5 berdasarkan daftar keras Mohs, mereka menempati di urutan ke lapan. Komposisinya pun agak sederhana iaitu kiezelzuur dan air dan bermacam-macam logam yang menyebabkan batu opal memantulkan beraneka ragam warna. Dari segala macam variasi warna, batu opal yang berwarna merah dan hitam adalah yang paling langka dan warna putih dan hijau adalah yang paling umum. Batu opal yang mempunyai dasar background hitam lebih berharga daripada yang putih.


Tapi dari semua itu batu opal yang memantulkan beraneka ragam warna adalah yang paling tinggi nilainya. Kerana salah satu komposisi dari batu opal itu adalah air (3-10% bahkan ada yang sampai 20%) maka hati-hati jangan biarkan batu ini menjadi terlalu kering kerana akan mudah retak. Batu opal juga merupakan batu dari negara Australia. Batu opal juga banyak disukai oleh para raja dan bangsawan.


Permainan warna pada permata opal disebabkan oleh butiran-butiran halus silica yang tersusun sangat rapi dan berfungsi membelokkan cahaya serta memancarkannya, sehingga menyebabkan warna-warna pelangi muncul saat dilihat dari sudut berbeza.


Terdapat beberapa jenis opal yang dikenal masyarakat umum seperti:

Opal biasa (common opal):
Opal yang tidak menunjukkan permainan warna sama sekali.


Opal putih (white opal):

opal berwarna putih, abu-abu, putih susu, hanya memiliki sedikit permainan warna atau tidak ada sama sekali.


Opal hitam (black opal):

opal berwarna agak gelap kehitaman atau kecokelatan dengan permainan warna, sehingga membuatnya lebih kontras.

Boulder opal:

opal yang masih menempel pada batuan.

Matrix opal:

opal yang masih menempel pada batuan sebagai garis atau bercak-bercak warna.

Fire opal:

opal tembus pandang atau sedikit tembus pandang berwarna merah, orange, kuning atau kecoklatan dengan sedikit permainan warna atau tidak ada sama sekali.




Kegunaan atau manfaat

Mungkin batu opal adalah salah satu batu yang dipercayai mempunyai pengaruh buruk dan pengaruh baik buat si pemakai, selain batu intan seperti The Hope atau Koh-i-noor. Kepercayaan yang berlawanan ini sering membuat orang bingung manakah yang benar.

Salah satu kepercayaan sesetengah orang iaitu batu opal tidak baik dan hanya menimbulkan nafsu buat si pemilik, membuat fikiran kacau, menggoncangkan urat saraf. Orang Cina juga menganggap batu ini dapat merosak keharmonian rumah tangga, dan memberi impak buruk terhadap kesihatan.

Namun ada juga sebagian orang yang percaya bahawa memiliki batu opal ini dapat membahagiakan si pemakainya (umumnya bercahaya jika pemiliknya sedang bahagia dan tidak bercahaya jika pemiliknya sedang murung), menyembuhkan penyakit mata, lemah zakar atau impotensi, dan meningkatkan daya ingatan. Opal berwarna hitam dikatakan tidak boleh sebarang orang memilikinya, jika tidak bersesuaian maka batu opal itu akan membawa bencana kepada pemakainya dan jika ianya sesuai maka ia akan membawa kebahagiaan buat si pemiliknya. Apapun jua terpulang kepada kepercayaan masing masing...

Dalam sisi astrology, zodiac 
Dalam dunia astrology atau perbintangan batu opal dihubungkan dengan zodiac Libra dan Scorpio.

BERMINAT? SILA CALL @ SMS



CINCIN PERAK STAR RUBY (CP02)


Star Ruby...Permata Delima dengan ikatan Bingkai Perak 925 dikelilingi permata swiss


Batu Delima adalah batu mulia jenis mineral corundum sama seperti batu sapphire. Namanya berasal dari perkataan Yunani “ruber” yang artinya merah. Batu merah atau ruby terbuat dari alumunium oxide dan warna merahnya diakibatkan adanya campuran dari chromium. Nilai keras batu merah adalah 9 dalam daftar keras Mohs dan berat jenisnya 3,99 sampai 4.





Warna batu delima ini tidak selalu merah tetap tetapi ada juga yang berwarna merah kekuning-kuningan atau jingga, merah keungu-unguan ataupun merah muda, tetapi dari semua itu yang paling berharga atau dicari ialah yang berwarna merah. Pada dasarnya corundum murni tidak berwarna, semua warna pada batu permata disebabkan oleh unsur kimiawi lainnya yang bergabung saat proses kristalisasi terjadi. Batu merah yang berkualiti tinggi mampu menyaingi berlian dari segi harga kerana mereka lebih cantik dari berlian. Salah satu batu delima yang paling hebat didunia berasal dari Burma, iaitu “Lord of the Rubies” yang besarnya sebesar telur burung merpati. kerana itu Burma ada pengeluar delima yang sgt berkualiti didunia.





Dalam sisi astrology, zodiac
Dalam dunia astrology atau perbintangan batu delima adalah batu untuk orang yang lahir di bulan Julai


 

...SOLD...

Monday 29 October 2012

TERAS GEMUNGGAL (TK01)



Teras Gemunggal Asli

Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui...setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya. Gemunggal ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri...namun begitu harus diingat apapun jua ianya datang dari Allah....

Gemunggal / Kelor Kampung :
Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air.

Gemunggal / Kelor Bukit :
Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.


Gemunggal / Kelor Pulau :
Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo . Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar / Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya


Serba Sedikit Kegunaannya:

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat. Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki, malah kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu membantu kaum wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga atau keempat. Teras gemunggal ini, apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya). Teras gemunggal ini sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah kita tidak akan terperdaya. Teras gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat, juga ahli korporat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Pengunanya ramai di kalangan VIP terutamanya Dato-Dato yang memerlukan keselamatan diri. Ini kerana kayu gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya. 


Menawarkan racun dalam makanan:

sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir:
terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.


Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu


Bisul:
Terasnya diasah, disapu pada mata bisul...insyallah bisul akan beransur hilang dalam masa yang singkat

Ditakuti hantu:
Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh:
Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.

Digigit ular,lipan atau apa jua binatang berbisa:
Terasnya diasah dan disapu pada tempat yang kena gigit.


Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan Ketajaman gerak hati(Indera Ke-enam),kewibawaan dll . Mengelak dari dipukau,digendam dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari tangan Kemuncak kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.




Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. kita seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.





Semoga ia dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.

BERMINAT? SILA CALL @ SMS







BATU FIRUZ (MEXICO) (BP01)


Pelbagai jenis batu firuz untuk pilihan anda.

BERMINAT? SILA CALL @ SMS

CINCIN OPAL PUTIH (CP01)

CINCIN PERAK 925 BERTATAHKAN BATU OPAL ASLI






Opal berasal dari perkataan Sanskrit "upala", Greek "opallios", dan Latin "opalus" yang membawa maksud batu yang berharga. Opal tidak begitu kukuh kerana kekerasan pada skala Mohs hanya dalam lingkungan 5.5 hingga 6.5 disebabkan struktur yang amorphous. Opal salah satu batu permata yang berharga dimana ianya setanding dengan sapphire, emerald, dan ruby. 

Opal mempunyai warna yang menarik kerana kandungan ferum (Fe) dan air yang memberikan warna berkilauan. Selain dari itu, kandungan air yang terikat di dalam struktur atomnya menjadikan batu permata ini tidak mempunyai "jardin" (kesan seakan-akan retak) di bahagian dalam batu permata ini. Pakar gemologi mengkelaskan opal mengikut warna dan corak. Antaranya ialah Dark atau Black OpalWhite atau Light OpalMilk; atau Crystal Opal,Boulder OpalOpal MatrixYowah Nuts (dari Queensland yang juga digelar "picture stones"), Mexican Opal yang juga dikenali sebagai "Fire Opal". 

Opal telah digunakan sejak Tamadun Rom dimana opal digambarkan sebagai batu permata yang cantik dan berharga. Menurut ahli alamiah dan penulis Tamadun kuno Rom terkenal; Pliny, opal digambarkan mempunyai kilauan cahaya alamandine, warna ungu berkilauan seperti amethyst, kuning keemasan seperti topaz, dan biru gelap seperti sapphire dan kesemua warna ini terserlah sebagai gabungan warna yang sangat indah. 

Opal mempunyai struktur dalaman yang mempunyai warna yang cantik. Precious opal merupakan komposisi silika berbentuk sfera yang tersusun rapi secara rapat dalam susunan hexagonal atau kubik. Susunan atom silika yang sangat rapi ini menjadikan opal berharga mempunyai "asterism" sebagai fenomena optikal (optical phenomenon) yang digambarkan dengan warna berkilauan yang dipancarkannya. Warna pada opal berharga terjadi dengan kehadiran elemen seperti besi, basalt, obsidian, atau quartz ataupun kombinasi beberapa elemen tersebut. Opal berharga agak sukar untuk dipotong atau dicanai mengikut "luster". Pada kebiasaannya, opal berharga didapati dalam bentuk bulat atau bujur. Ini kerana lapisan luarannya yang rapuh dan sukar untuk dibentuk. 

Australia merupakan negara pengeluar opal utama di dunia dengan menguasai 95% pasaran dunia. Selain itu, opal juga dilombong di Brazil, Amerika Syarikat, Mexico, dan Mali. 

Opal digunakan untuk merawat penyakit Parkinson, jangkitan, demam dan boleh menguatkan ingatan. Selain itu juga ia bertindak membersihkan darah dan buah pinggang dan juga mengawal insulin serta memudahkan proses bersalin. Ia juga berfaedah untuk mata, terutamanya sebagai penawar.

Opal merupakan birthstone bagi bulan Oktober. Di dalam lagenda purba, Tamadun Rom dan Greek percaya opal diberi oleh dewi bulan sebagai "ophthalmios" (batu mata). Orang Arab pula percaya bahawa opal jatuh dari syurga ketika petir menyambar, dari situ opal mendapat warnanya yang berapi. Namun kepercayaan lama batu opal ini tidak mempunyai asas yang jelas dan hanya tinggal sebagai legenda yang dibawa dari mulut ke mulut.


BERMINAT? SILA CALL @ SMS