Wednesday 5 June 2013

Permata (Teras Larak Salah)

 
 
Terdapat 3 jenis pokok Larak iaitu Larak Lawas,Larak Salah dan Larak Tahi Kucing.Ianya adalah sejenis pokok kecil berdaun kembar.Diantara ketiga jenis ini yang paling amat dicari oleh peminat perkara mistik atau barang mistik ialah jenis pokok Larak Salah adalah antara jenis kayu yang amat sukar ditemui atau dimiliki. Ianya dikatakan memiliki pelbagai khasiat samaada dari segi mistik dan perubatan.


Ianya dicari kerana dikatakan pemakainya atau sesuatu yang diletakkannya akan terlindung atau hilang ,mengelakkan dari khianat perbutan orang dan mengatasi orang cerewet,tetapi semuanya diatas izin Allah swt.Dan sifatnya panas.Ia dinamakan larak salah kerana sifat tabienya yang berlawanan iaitu membelit ke kiri dan daunnya terbalik namun memang sukar untuk ditemui dan bahagian yang paling berkhasiat ialah terasnya yang terdapat pada akarnya.Nama botaninya Baccaurea griffithii dan Fissitigma latifolium .

Sumber info...(Karimon)

 

4 comments: