Wednesday, 7 November 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA NIBONG JADI BATU (CP11)




Permata Teras Nibong jadi batu ini berasal dari Sarawak. Asalnya ada 3 tetapi 2  telah dimaharkan kepada sahabat-sahabat saya yang berminat.






Khasiat Nibong ini sungguh banyak, antaranya digunakan sebagai pendinding dari bahaya samada dari gangguan manusia atau makhluk halus, ia juga amat ditakuti oleh haiwan berbisa seperti ular, lipan, kala jengking dan haiwan berbisa seangkatannya...Wallahualam





Jika dibuat cincin pantangnya jangan sesekali memukul orang kerana ia boleh mendatang kan mudarat kerana kayu ini amat berbisa






(Apapun jua setiap sesuatu itu adalah diatas keizinan allah jua.....)





Monday, 5 November 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA FIRUZ TIBET (CP10)



Cincin perak 925 (Permata Firuz Tibet) Sungguh Klassik...


  



Batu Firuz adalah sejenis batu yang berwarna hijau bercampur biru pada kebiasaannya, ia boleh didapati di negara negara seperti Egypt, Mexico, China, Iran, Peru, Poland, Russia,
 France, Tibet, Afghanistan.





Khasiatnya apabila bercelak mata dengan debunya insyallah akan lebih mencerahkan mata dan jika diperbuat cincin akan meningkat kan keyakinan diri serta menjadikan sipemakai lebih berani. orang yang selalu memakai nya akan menjadi kaya dan banyak harta serta tidak menjadi papa. Diriwayatkan dari Ja’afar as Sodiq r.a. katanya "tiada papa bagi orang yang sentiasa memakai cincin permata firus dengan izin Allah swt". Wallahualam..............





BATU FIRUZ MEXICO HIJAU & UNGU (BP05)


Permata Firuz Mexico (Hijau & Ungu) 

Batu Firuz mexico ini mempunyai pelbagai warna yang menarik, seperti gambar diatas ia berwarna hijau dan mempunyai lingkaran urat yang berwarna kelabu, juga terdapat batu batu ini dengan lingkaran urat berwarna emas. juga terdapat batu ini dalam warna ungu (purple)
Amat sesuai dijadikan perhiasan samada cincin, loket dsb



Kami juga memiliki pelbagai jenis batu firuz ini dari pelbagai tempat dan mempunyai potongan serta warna yang menarik untuk anda.















PERMATA LAPIS LAZULI (BP04)

 
 
Lapis Lazuli
Batu Lapis Lazuli ini dipercayai berasal dari Afghanistan dan telah digunapakai sejak dari zaman dahulu lagi. biasanya ia berwarna kebiru biruan samada biru cair mahupun biru gelap. ia juga mempunyai jalur halus atau bintik bintik kuning yang datang nya dari campuran pyrite.
 
  
 

 
 
 
Lapis membantu seseorang untuk lebih memahami diri sendiri dan meluaskan sudut pandang. Juga membantu ketidakmampuan seseorang untuk memerima kepemimpinan orang lain. Menurut legenda, Lapis melindungi pemakainya dari kekuatan jahat. ia juga merupakan ubat untuk kemurungan jiwa dan demam tertentu serta menguatkan tubuh selama mengalami kesadaran spiritual.
 
Batu ini juga banyak didapati di negara Russia, Chile, Italy, Egypt dan kebanyakkan
 negara timur tengah
 

Saturday, 3 November 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA WATERMELON TOURMALINE (CP09)




Batu tourmaline sering disebut sebagai batu bunglon kerana batu tourmaline ini beraneka ragam warnanya termasuk hitam dan putih namun yang paling dikenali biasanya yang berwarna merah muda. Ada pula terdapat beberapa macam warna seperti warna pelangi. Batu tourmaline bukan hanya indah warnanya tapi juga dipercayai dapat merealisasikan sesuatu impian. Jika dipanaskan warna batu ini akan berubah-ubah dan akhirnya akan menjadi suram dan kilauannya yang bening seperti kaca akan hilang. 



Nama-nama batu tourmaline dikategorikan sesuai
dengan warnanya:
batu batu tourmaline




Warna merah dan pink = rubellite
Warna biru = indicolite / indigolite
Warna hijau = verdelite
Warna kuning = dravit
Warna hitam = schorl
Tak berwarna = achroit










Ramai yang terkeliru apabila melihatnya kerana kita menyangka batu nilam, kerana warnanya yang biru seakan akan batu nilam, ada juga yang menyerupai batu zamrud kerana warnanya yang hijau seperti zamrud, “rubellite” (nama untuk tourmaline warna merah atau merah muda) juga sering dianggap sebagai batu delima. Batu tourmaline yang berwarna hijau dan merah sangat jarang ditemui.





Batu tourmaline memiliki gabungan chemical dari boron, silicate dan alumunium. Warna indah dari batu tourmaline ini kebanyakan berasal dari chrome, besi, vanadium dan manganese, ada juga dari tembaga. Batu tourmaline mempunyai nilai keras 7.5 berdasarkan daftar keras Mohs membuat kan batu tourmaline termasuk ke dalam batu yang hebat.






Batu tourmaline banyak ditemukan di Brazil, California, Pakistan, Afghanistan, Afrika Timur, Madagascar, Srilanka dan Rusia.




CINCIN PERAK 925 PERMATA DELIMA DAN ZAMRUD (CP08)



Sememangnya Unik, Cantik Dan Klasik...








Masyaallah ...Indahnya ciptaan Allah s.w.t

Berminat?? Sila Hubungi talian tertera
 
 
 
 
...SOLD...



CINCIN PERAK KEPALA SUASA AKIK SULAIMAN (CP07)



Batu akik, batu agate atau agaat adalah batu yang utama dari keluarga batu-batu akik. Batu agate adalah yang utama dari keluarga batu-batu calcedon dan di indonesia terkenal dengan nama batu akik.Batu akik ini merupakan batu yang sangat banyak tersebar di seluruh dunia. Warnanya pelbagai, dari merah sampai putih susu, biru sampai hitam pekat. Biasanya batu akik terdapat garis-garis dengan warna yang berbeza seperti coretan, lingkaran atau urat. Batunya keras, nilai kerasnya 7 berdasarkan daftar keras Mohs. Walaupun batu ini amat keras ia juga boleh retak jika dibiarkan terjemur pada cuaca yang panas. Untuk menjaga batu ini cukup meletakkan di tempat yang dingin dan gelap sudah cukup memadai.
Batu Akik


Akik sutera, jernih dan menembus jika dipandang lama-lama dan agak keihatan seperti ada sehelai sutera di dalam batu tersebut. Akik cempaka pula berwarna merah pinang matang, kuning emas. Batu akik cempaka terdapat di bali, pulau2 sunda kecil dan maluku ia juga terdapat dikabanyakan daerah di Sumatera.





Batu akik banyak ditemukan di Brazil, Uruguay dan Amerika. Banyak produk-produk perhiasan yang terbuat dari batu akik berasal dari Jerman (negara yang menjadi pusat pemrosesan batu akik dunia).





Kegunaan atau manfaat
Batu akik dipercayai memiliki pengaruh-pengaruh antara lain;
1. Menolak racun dari binatang berbahaya seperti ular dan lain-lain.
2. Orang persia kuno (iran) percaya dapat menahan badai di laut.
3. Menyihatkan atau melancarkan peredaran darah.
4. Menghindarkan pemakai pada ancaman bahaya dan membawa tuah.
5. Menghilangkan ketakutan dan mempertingkatkan konsentrasi.
6. Memberikan ketenangan dan meningkatkan keberanian.


 
 
...SOLD...