Showing posts with label MISTIK. Show all posts
Showing posts with label MISTIK. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

KULIT HARIMAU (ASLI)

 
 
Saya ada memiliki beberapa potong kulit harimau mati beragan..sudah terbukti sejak dahulu lagi kulit harimau ini amat sesuai untuk pendekar atau sesiapa yang bekerja dengan perkara yang melibatkan nyawa..
 
 

 
 
Keberanian akan naik dengan sendiri selepas sehari memakainya..ia boleh dibawa kemana sahaja seperti hanya meletakkannya di dalam dompet... sesuai untuk persilatan..tidak sesuai untuk peniaga.. pesanan: jaga-jaga memakainya kerana ia akan mudah membuat kan kita berasa panas baran.. Amalkan selawat untuk meredakan panas baran ini..ia juga sesuai digunkan untuk penjagaan tanaman kebun/dusun untuk mengelakan dari gangguan binatang liar seperti babi hutan dan monyet..semua ini adalah mitos dan kepercayaan orang orang tua dahulu kala...wallahualaam...apapun tiada yang lebih hebat selain dari kekuasaan allah jua...
 

Tuesday, 20 November 2012

BESI KUNING ASLI



SEJARAH DAN MITOS BESI KUNING INI DIKATAKAN MEMPUNYAI KEKUATAN YANG TIDAK DAPAT DITANDINGI OLEH MANA-MANA BESI DI DUNIA. DIKATAKAN JUGA BESI-BESI LAIN TAKUT KEPADANYA. HARGA PASARAN KEPOMPONG BESI KUNING INI MENCAPAI SEHINGGA  RIBUAN RINGGIT KERANA KESUKARAN MENDAPATKANNYA.
WALLAHUALAM....

BESI merupakan salah satu daripada tujuh unsur yang terdapat pada alam. Sifat besi yang beraneka ragam, dapat melawan panas, melawan lapuk, kukuh dan kelenturan menerima magnet menjadikannya sebagai unsur yang amat bermanfaat bagi manusia. Terdapat  pelbagai jenis besi. Antaranya, yang mendapat tempat istimewa dalam masyarakat Melayu zaman-berzaman ialah besi kuning dan besi kursani.

Besi kuning merupakan besi yang jarang dijumpai. Ia dipercayai berasal sarang tawon tua (sarang lebah), biasanya ada di atas gunung. Pada titik tertentu tersembunyi dari sarang tawon itu, terdapat satu bentuk kepompong kecil yang membatu dan ada lubangnya sebesar lubang jarum. Di dalam kepompong itulah terdapat sepasang besi berwarna kuning, yang disebut dengan istilah Besi Kuning. Orang Melayu dahulu kala percaya besi kuning boleh membuat pemiliknya kebal dan digeruni. Dikatakan juga, pemiliknya akan didatangi kuasa ghaib secara semula jadi. Ada orang yang mengatakan bahawa keris Taming Sari menggunakan campuran besi kuning selain
enam besi yang lain.