Monday 29 October 2012

TERAS GEMUNGGAL (TK01)



Teras Gemunggal Asli

Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui...setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya. Gemunggal ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri...namun begitu harus diingat apapun jua ianya datang dari Allah....

Gemunggal / Kelor Kampung :
Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air.

Gemunggal / Kelor Bukit :
Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.


Gemunggal / Kelor Pulau :
Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo . Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar / Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya


Serba Sedikit Kegunaannya:

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat. Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki, malah kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu membantu kaum wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga atau keempat. Teras gemunggal ini, apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya). Teras gemunggal ini sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah kita tidak akan terperdaya. Teras gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat, juga ahli korporat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Pengunanya ramai di kalangan VIP terutamanya Dato-Dato yang memerlukan keselamatan diri. Ini kerana kayu gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya. 


Menawarkan racun dalam makanan:

sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir:
terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.


Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu


Bisul:
Terasnya diasah, disapu pada mata bisul...insyallah bisul akan beransur hilang dalam masa yang singkat

Ditakuti hantu:
Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh:
Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.

Digigit ular,lipan atau apa jua binatang berbisa:
Terasnya diasah dan disapu pada tempat yang kena gigit.


Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan Ketajaman gerak hati(Indera Ke-enam),kewibawaan dll . Mengelak dari dipukau,digendam dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari tangan Kemuncak kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.




Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. kita seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.





Semoga ia dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,INSYA ALLAH.

BERMINAT? SILA CALL @ SMS







1 comment: