Wednesday 31 October 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA FIRUZ TIBET (CP06)



Batu Firuz merupakan salah satu batu yang paling lama digunakan oleh manusia. Batu ini mempunyai nilai keras 5-6 pada skala Mohs. Batu ini telah dikenalkan oleh bangsa Mesir dan ditemui di daerah Sinai lebih dari 6000 tahun silam dan banyak ditemukan dalam makam-makam kuno yang berusia lebih dari 4000 tahun sebelum Masehi. 


Namun kini firuz juga banyak ditemukan di bahagian barat daya Amerika Syarikat di negara Arizona dan New Mexico, dimana suku-suku Indian membuatnya menjadi perhiasan-perhiasan yang indah. Suku Aztec mengunakan firuz sebagai potongan kecil mozaic untuk menghias topeng yang digunakan pada upacara keagamaan dan hiasan lainnya.


Nama batu firuz “turquoise” dalam bahasa Prancis ertinya “batu Turki” yang diketahui memang berasal dari Turki kerana namanya, namun sebenarnya batu ini tidak ada di Turki. Turquoise merupakan batu kebangsaan negara Iran (Persia) dan digunakan untuk menghiasi mahkota kerajaan dan atribut bagi para bangsawan negara. Kualiti Turquoise terbaik di dunia ditemukan di Nishapur, bahagian Timur Laut Iran dan kegunaannya telah terkenal sekitar 3000 tahun silam.

Pada umumnya batu ini berwarna hijau tetapi yang berwarna biru lebih tinggi nilainya. Warna hijau di batu ini disebabkan adanya campuran besi dan warna biru pada batu pirus disebabkan adanya campuran tembaga. Urat-urat di batu ini yang berwarna merah sangat mahal harganya kerana dipercayai sebagai jenis batu firuz yang sangat berkuasa dan jika batu ini tidak ber-urat maka akan dianggap sebagai batu yang sudah “mati”.


Kegunaan atau manfaat
Batu pirus dipercayai memiliki pengaruh-pengaruh antara lain membawa kedamaian dan kebahagiaan dan menolak bencana atau bahaya....wallahualam...


1 comment:

  1. salam tuan. jika tuan mengatakan ini ialah firus iran, turki atau amerika, tuan adlh benar..nmun jika tuan mengatakan ianya adlh firus tibet, sy tidak setuju sbb setahu sy firus tibet dilarang keluar dari negaranya dan harganya juga amat mahal, lgipula jika ada di malaysia pun kuantitinya adlh amat sedikit..kecualilah jika peniaga nya org tibet dan berasal dari tibet dan cukup berani mmbawa keluar firus tibet dari negara tibet..wslm

    ReplyDelete