Friday 7 December 2012

CINCIN PERMATA AKIK



Kepada pencinta pencinta permata akik (Agate), anda boleh mendapatkan pelbagai jenis permata akik ini dengan harga yang berpatutan



Terdapat pelbagai corak dan warna mengikut citarasa anda


Batu akik, batu agate atau agaat adalah batu yang utama dari keluarga batu-batu akik. Batu agate adalah yang utama dari keluarga batu-batu calcedon dan di indonesia terkenal dengan nama batu akik. Batu akik ini dapat dikatakan tersebar di seluruh dunia. Warnanya pun bermacam macam, dari merah sampai putih susu, biru sampai hitam pekat. Biasanya batu akik terdapat garis-garis dengan warna yang berbeza seperti coretan, lingkaran atau urat. Batunya keras, nilai kerasnya pada kebiasaannya adalah 7  berdasarkan skala Mohs. Walaupun batu ini amat keras, batu ini juga boleh retak atau cacat jika terkena benda-benda kasar atau tajam. Batu akik juga mampu retak jika dibiarkan terjemur pada cuaca yang amat panas. Untuk menjaga batu ini cukup dengan meletakkannya di tempat yang dingin dan gelap
Akik sutera, bening dan menembus jika dipandang lama-lama dan agak tampak seperti ada sehelai sutera dalam batu. Akik cempaka berwarna merah pinang matang, kuning emas. Batu akik cempaka terdapat di bali, pulau2 sunda kecil dan maluku. Batu akik juga banyak ditemukan di Brazil, Uruguay dan Amerika. Banyak produk-produk yang terbuat dari batu akik berasal dari Jerman (negara yang menjadi pusat pemosresan batu akik).

Kegunaan atau manfaat:
Batu akik dipercayai memiliki pelbagai kelebihan antara lain seperti ;
1. Menolak racun dari binatang berbahaya seperti ular dan lain-lain.
2. Orang persia kuno (iran) percaya dapat menahan badai di laut.
3. Menyehatkan atau melancarkan peredaran darah.
4. Menghindarkan pemakai pada ancaman bahaya dan membawa tuah
5. Menghilangkan ketakutan dan mempertingkatkan konsentrasi.
6. Memberikan ketenangan dan meningkatkan keberanian.


Wallahualam,,,,,,,,






No comments:

Post a Comment