Tuesday, 20 November 2012

PERMATA CAT EYE/MATA KUCING (BP06)





Batu mata kucing atau juga dikenali dengan panggilan 'cats eye' diberi nama kerana apabila terkena cahaya, maka akan muncul segaris sinar pada batu ini seakan mata kucing. inilah uniknya batu ini sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda. cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs.

Chrysoberyl merupakan batu permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualiti yang sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil, dan Timur Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal.

Cat's eye yang baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup" apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya juga dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak sihir)...wallahualam..




KAYU PERHIASAN 3


Kayu Tengkolok Berdiri (Meranti)




Kayu Ular Meniti (Meranti)




Kayu Ulat (Meranti)





Sunday, 11 November 2012

HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA




FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN

BATU CINCIN DAN PERMATA


Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang boleh membawa kemudharatan kepada kita melainkan dengan izin Allah jua.

Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya
tidak sia-sia penciptaannya Seperti garam yang bersifat masin,
begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. 

Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. 

Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah

Saturday, 10 November 2012

AZAM & MATLAMAT



AZAM & MATLAMAT





“Matlamat umpama kompas kehidupan, hidup tanpa matlamat umpama sebuah kapal tanpa nakhoda..yang mana akan sentiasa hanyut ditelan gelombang”




Apakah pengertian sebenar matlamat hidup anda? Matlamat boleh juga didefinisikan sebagai arah tujuan sebuah kehidupan.ia akan menentukan apa jua yang kita inginkan, yang mana akan berlaku dan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.




Hidup tanpa matlamat tidak ubah seperti sebuah kapal yang tidak bernakhoda, sentiasa terumbang- ambing di pukul gelombang. Kalau bernasib baik maka terdamparlah ia ditepian pantai, kalau nasib malang maka ianya akan terus hanyut dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan musnah dan karam.




Begitulah juga diri kita di dalam menjalani kehidupan seharian, sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan atau matlamat hidup, dengan hanya sekadar mengharapkan segalanya berlaku dengan baik dan tiada segala keburukan yang akan berlaku, maka kita akan terjerumus kearah kegagalan.




“Matlamat” boleh dirumuskan sebagai apa dan bagaimana, contohnya: kehidupan yang sebagaimanakah yang kita inginkan, apakah kehendak sebenar kita, manakala azam pula adalah sasaran yang mana segala matlamat kita haruslah dijuruska ke arahnya, jadi penetapan sesuatu matlamat dan azam adalah amat penting untuk meraih kejayaan yang sebenar.






“Tiada istilah baik atau buruk dalam sesebuah kehidupan,


yang menentukan segalanya adalah pemikiran anda sendiri”



Friday, 9 November 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA BULUH BETONG JADI BATU (CP18)



Berikut dipaparkan untuk tontonan semua, sebiji batu mistik yang penuh dengan khasiat. batu ini dimaharkan oleh seorang sahabat dari pattani Thailand, batu ini diperolehi beliau setelah mendapat alamat (mimpi) memberitahu bahawa diperdu pohon buluh dibelakang rumah beliau terdapatnya batu ini. sebelah paginya apabila terbangun dari tidur beliau telah mencari di tempat seperti yang diberitahu kepada beliau di dalam mimpi dan akhirnya beliau menemukan permata tersebut...   

  


Batu ini asalnya ditemui sebanyak 3 biji. Sebiji masih dipakai oleh beliau, sebiji dipakai oleh saya sendiri sebagai kenangan dari seorang sahabat, dan yang dipamerkan ini untuk dimaharkan kepada yang berminat...




Kepada yang berhajat sila hubungi saya ditalian tertera



(Harus di ingat yang berkuasa itu bukanlah batu, tetapi Allah swt....batu ini adalah sebahagian dari kekuasaan allah jua...jadi jauhilah diri anda dari perkara-perkara yang boleh menjadikan kita syirik kepada allah, sesungguh nya mereka yang syirik itu akan kekal didalam neraka)
 
 
 
 
 
....SOLD....

KAYU PERHIASAN (2)


Kayu Sesumpah (Meranti)





Kayu Sulam (cengal)





Kayu Sulaman (Cengal)

KAYU PERHIASAN (1)


Kayu Sejuta Wajah (Cengal)
  
Salam hormat buat semua,  Atas permintaan sahabat sahabat semua berikut dipaparkan kayu kayu antik dan amat sesuai dijadikan perhiasan, samada perhiasan bilik, pejabat, rumah, hotel hotel mewah dsb. kepada peminat peminat sekelian kayu kayu ini datang dalam keadaan asal sepertimana ia ditemui, ini adalah kerana untuk mengekalkan keaslian kayu tersebut yang kebanyakkannya berusia puluhan tahun, malah ada jua yang berusia ratusan tahun. Kami juga menyediakan perkhidmatan mengilat (polish) atau menyelek kayu kayu tersebut bergantung atas permintaan.



Kayu Sempoh Pontianak