Sunday 11 November 2012

HAKIKAT PEMAKAIAN BATU CINCIN DAN PERMATA




FAHAMI HAKIKAT PEMAKAIAN

BATU CINCIN DAN PERMATA


Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin Allah dan tiada suatupun yang boleh membawa kemudharatan kepada kita melainkan dengan izin Allah jua.

Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang sememangnya
tidak sia-sia penciptaannya Seperti garam yang bersifat masin,
begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya masing-masing. 

Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. 

Semoga anda semua mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah

No comments:

Post a Comment