Saturday 10 November 2012

AZAM & MATLAMAT



AZAM & MATLAMAT





“Matlamat umpama kompas kehidupan, hidup tanpa matlamat umpama sebuah kapal tanpa nakhoda..yang mana akan sentiasa hanyut ditelan gelombang”




Apakah pengertian sebenar matlamat hidup anda? Matlamat boleh juga didefinisikan sebagai arah tujuan sebuah kehidupan.ia akan menentukan apa jua yang kita inginkan, yang mana akan berlaku dan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.




Hidup tanpa matlamat tidak ubah seperti sebuah kapal yang tidak bernakhoda, sentiasa terumbang- ambing di pukul gelombang. Kalau bernasib baik maka terdamparlah ia ditepian pantai, kalau nasib malang maka ianya akan terus hanyut dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan musnah dan karam.




Begitulah juga diri kita di dalam menjalani kehidupan seharian, sekiranya kita tidak mempunyai sebarang tujuan atau matlamat hidup, dengan hanya sekadar mengharapkan segalanya berlaku dengan baik dan tiada segala keburukan yang akan berlaku, maka kita akan terjerumus kearah kegagalan.




“Matlamat” boleh dirumuskan sebagai apa dan bagaimana, contohnya: kehidupan yang sebagaimanakah yang kita inginkan, apakah kehendak sebenar kita, manakala azam pula adalah sasaran yang mana segala matlamat kita haruslah dijuruska ke arahnya, jadi penetapan sesuatu matlamat dan azam adalah amat penting untuk meraih kejayaan yang sebenar.






“Tiada istilah baik atau buruk dalam sesebuah kehidupan,


yang menentukan segalanya adalah pemikiran anda sendiri”



No comments:

Post a Comment