Sunday, 30 December 2012

PERMATA BUAH KOKKA (BP12)



Kayu Kokka, mungkin asing bagi kita, tapi popular bagi pengemar-pengemar barangan pelik. Kalau sesiapa pergi Mekah selalunya jumpa orang mencari tasbih yang dibuat dari kayu koka ini.

Apa itu kayu Koka?
Kayu kokka merupakan kayu yang bermutu tinggi dan telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Malah kayu kokka juga dipercayai telah digunakan bagi membuat Bahtera Nabi Noh. Tongkat Nabi Musa dan Nabi Syuib A.S juga dibuat dari kayu kokka. Ramai yang percaya mendakwa, Kayu Kokka merupakan ciptaan Allah SWT yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan. Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk tasbih dan cincin. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa.
Kayu kokka didapati dari pokok kokka di dalam hutan dara di Negara Arab, Turki, Nigeria, Iran, Mesir, dan Afghanistan. Pokok Kokka merupakan tumbuhan hutan bersifat perrenial (tahunan) dan hidup secara meliar. Namun demikian, terdapat usaha dari Negara-Negara Arab menanam pokok kokka sebagai satu industri pertanian untuk membekalkan kayu kokka yang kini mendapat tempat di pasaran dunia. Walaubagaimanapun, kayu kokka yang terdapat di pasaran sekarang kebanyakannya diambil dari buah kokka yang berkayu. Dikatakan kayu kokka mempunyai banyak kelebihannya sejak zaman dahulu lagi dan telah digunakan oleh para nabi sebagai bukti kekuasaan Allah S.W.T di dalam memberikan perlindungan dan penawar kepada manusia. Kayu kokka dipercayai dapat menghalau makhluk halus yang jahat, menghalang dari sihir, melindungi diri dari kekejaman musuh dan banyak lagi. Tidak perlulah diutarakan dengan mendalam di sini kerana telah ramai orang mengenalinya dan memakainya.
Bagi mereka yang tidak mempercayai kehebatan Kayu Kokka pula mempunyai hujjah tersendiri. Mereka mendakwa kayu Kokka tidak pernah disebut dalam Quran dan Hadith. Tak ada dalil yang menyebut Bahtera Nabi Nuh dan Tongkat Nabi Musa dibuat dari kayu Kokka. Menurut sesetengah orang bahwa bahtera nabi Nuh daripada kayu pine. Ini adalah nas Taurat. [Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah (1/124), lihat juga Torakh: Genesis chapter 6:14, kayu itu disebut sebagai gopher wood. Penafsir Injil menyatakannya sebagai pokok cypruss. Begitulah halnya dengan tongkat Nabi Musa dan Nabi Syuaib alaihimassalam. Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby (seorang perawi yang dhaif) telah berkata, "Tongkat Nabi Musa diperbuat daripada kayu Ausaj" [sejenis pokok berduri dari spesis terung. Buahnya bulat dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91) dan Tafsir at- Thabari (20/17)] Maka sebab itu, menurut beberapa pendapat Ustaz, mempercayai keajiban kayu Kokka boleh mendatangkan syirik.
Syirik di sisi syariat Islam bermaksud meletakkan sesuatu yang merupakan hak-hak Allah yang khas bagi-Nya atau sebahagian daripada hak-hak tersebut pada yang selain dari Allah. Pendekatan menyekutukan Allah dengan yang lain pada hak-hak yang khas bagi Allah. Antara hak Allah ialah hak mencipta, mentadbir, dan memberi rezeki. Oleh yang demikian orang yang berkata, “Rezeki saya di tangan fulan,” telah melakukan syirik kerana dia telah meletakkan hak Allah iaitu memberi rezeki pada selain dari Allah.
Firman Allah SWT bermaksud:
”(Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengurniakan rezeki kepadamu dari langit dan bumi dan siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup atau siapakah yang mengatur segala urusan? Lalu mereka menjawab 'Allah', maka katakanlah (kepada mereka) mengapa kamu tidak bertaqwa.)” [Yunus: 31]
Antara hak Allah yang lain ialah sifat Allah, perbuatan-Nya serta nama-Nya. Semuanya adalah khusus bagi Allah dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk. Maka kita tidak boleh mengatakan Allah mempunyai tangan seperti tangan kita, Allah melihat sebagaimana penglihatan makhluk ataupun kita menamakan anak dengan nama Allah. Semua yang di atas adalah kufur dan syirik yang mesti di jauhi.
Firman Allah yang bermaksud:
”(Tiada sesuatu yang menyerupai dengan-Nya (Allah) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.) [Syura: 11]
Syirik yang berlaku dalam penggunaan Kokka dan seumpamanya seperti tangkal, pendinding, tulang duyong adalah syirik dalam ibadat. Ibadat adalah hak Allah yang khas baginya. Mungkin orang yang menggunakan Kokka akan berkata, “Saya tak sembah selain daripada Allah! Saya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji…semuanya kerana Allah. Bagaimana dengan hanya memakai kayu Kokka kamu kata saya telah melakukan syirik? Ini tuduhan yang berat!” Seorang muslim perlu memahami dan mengetahui bahawa skop ibadat tidak hanya meliputi rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan amalan ibadat merangkumi amalan lisan seperti syahadah dan zikir, amalan zahir seperti rukun Islam yang lain serta lain-lain amalan anggota seperti tolong menolong dan berpakaian, dan yang paling hebat dan agung ialah amalan hati. Contoh amalan hati ialah ikhlas, khusyu’, takut, berharap dan tawakal. Semua ini adalah ibadat yang menjadi hak Allah secara mutlak dan kita diharamkan menyekutukan Allah padanya.
Wallahu a'lam ..Source : http://terjah.freephpnuke.org

BATU PERMATA DELIMA MOZAMBIQUE (BP11)



Permata Delima Mozambique (terdapat dalam pelbagai saiz dan warna) kepada yang berminat sila hubungi talian tertera

PERMATA DELIMA AFRIKA (BP10)


Batu Permta Delima Afrika dengan warna dan air yang cantik...terdapat pelbagai pilihan untuk anda (Stok banyak/ Pelbagai saiz)

Thursday, 27 December 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA BERYL (CP26)



Cincin Perak 925 bertatahkan permata beryl yang sungguh indah





Ikatan jenis tangkai kendi yang simple menyerlahkan lagi permata ini

CINCIN SUASA PERMATA JADITE @ JADE (CS01)




Cincin suasa ini 100% buatan tangan dari seorang tukang dari minang...buatan yang sungguh cantik dan kemas dihiasi dengan permata jade hijau...menyerlahkan lagi keindahan cincin ini



 
 
 
...SOLD...

CINCIN PERAK 925 PERMATA ZAMRUD BRAZIL KEPALA SUASA (CP25)



Cincin Perak Alloy dengan kepala suasa sungguh indah dihiasi dengan Permata Zamrud Brazil





100% buatan tangan dari dari seorang sahabat (tukang dari negeri cik siti wan kembang)



 
 
 
...SOLD...

CINCIN PERAK 925 PERMATA DELIMA BURMA BERKEMBAR TIGA (CP24)



Cincin Perak 925 dengan 3 biji permata delima burma yang sungguh indah





Permata swiss keliling menyerlahkan lagi permata delima ini




SOLD

Saturday, 22 December 2012

PERMATA DELIMA DAGING (STAR) (BP08)



Permata Delima daging star...sungguh cantik dijadikan
perhiasan dijari..



KULIT HARIMAU (ASLI)

 
 
Saya ada memiliki beberapa potong kulit harimau mati beragan..sudah terbukti sejak dahulu lagi kulit harimau ini amat sesuai untuk pendekar atau sesiapa yang bekerja dengan perkara yang melibatkan nyawa..
 
 

 
 
Keberanian akan naik dengan sendiri selepas sehari memakainya..ia boleh dibawa kemana sahaja seperti hanya meletakkannya di dalam dompet... sesuai untuk persilatan..tidak sesuai untuk peniaga.. pesanan: jaga-jaga memakainya kerana ia akan mudah membuat kan kita berasa panas baran.. Amalkan selawat untuk meredakan panas baran ini..ia juga sesuai digunkan untuk penjagaan tanaman kebun/dusun untuk mengelakan dari gangguan binatang liar seperti babi hutan dan monyet..semua ini adalah mitos dan kepercayaan orang orang tua dahulu kala...wallahualaam...apapun tiada yang lebih hebat selain dari kekuasaan allah jua...
 

Info Permata 1

Berlian (terdiri dari karbon) dibentuk selama satu juta tahun jauh di bawah kerak bumi (sekitar 90  atau sekitar 150 km dalamnya). Mereka diangkat ke permukaan melalui gunung berapi, dan sebagian besar ditemukan pada batu vulkanik (disebut kimberlite) atau di laut yang terbawa oleh arus ombak. Batu berlian atau batu intan yang sering ditemukan  biasanya berusia sekitar 1 hingga ke 3 juta tahun (bayangkan sebuah intan yang anda genggam berumur beberapa kali generasi nenek moyang anda sebelumnya).

Berlian adalah allotrope karbon dan masing-masing dari mereka (tidak kira apa ukurannya) dapat dianggap sebagai satu molekul karbon. Setiap karbon dalam intan dikelilingi oleh 4 atom karbon lainnya dalam struktur tetrahedral, seperti piramid. Setiap ikatan atau link itu sama panjangnya dan pembentukan tetrahedral itu benar-benar teratur. Apa yang membuat berlian sangat keras, non-volatile dan tahan terhadap serangan kimia adalah kekuatan dan keteraturan ikatan ini. Secara teorinya, kristal berlian yang besar hanya terdiri dari satu molekul karbon gergasi.

Struktur batu intan (berlian)
Gambar struktur sebelah kiri menunjukkan salah satu sel penyatuan dari struktur berlian. Pada dasarnya, struktur intan dapat dilihat sebagai wajah kubik array yang berpusat di tengah dengan setengah dari lubang tetrahedral yang terisi. Penting untuk dicatat, bagaimanapun, bahwa berlian adalah contoh dari jaringan senyawaan kovalen. Dalam intan, struktur atom-atom dihubungkan oleh ikatan covaelent, dengan masing-masing atom karbon terikat pada empat lainnya dalam geometri tetrahedral. Pada intinya, sebuah sampel intan adalah satu molekul yang besar. Gambar sebelah kanan adalah gambar yang sama tetapi diputar melalui sudut 45 darjah. Ruang terbuka di tengah adalah lubang oktahedral kosong.


Struktur molekul intan berlian
Ilustrasi yang kiri menggambarkan lebih ke sifat tetrahedal pada molekul daripada ikatan kovalen dalam model pertama. Masing-masing atom dikelilingi oleh empat lainnya dan terletak di dalam lubang tetrahedral. Ilustrasi yang kanan menunjukkan gambar yang sama, tapi diputar dengan sudut 45 darjah. Di bawah adalah contoh gambar gabungannya.


Struktur sel dan molekul permata intan berlian

Berlian dinilai sesuai dengan berat karat, warna, kejernihan dan pemotongannya, juga dikenal sebagai empat C (carat, cut, clarity dan color). Karat berlian berbeza dengan karat emas. Karat emas menunjukkan kemurnian - 24 karat mewakili emas murni. Satu karat intan tambang atau intan sintetik adalah 200 miligram (0,007055 oz). perkataan karat berasal dari carob bean. Para dealer berlian sejak dulu menggunakan kacang carob untuk menyeimbangkan skala mereka kerana semua biji ini memiliki berat yang sama. Tradisi menggunakan batu kelahiran April ini sebagai cincin pertunangan dimulai pada tahun 1477 ketika Mary dari Burgundy diberi cincin berlian oleh Archduke Maximillian dari Austria.

Walaupun berlian mungkin merupakan batu permata yang paling dicari di dunia, tetapi mereka bukan yang paling hebat, gelaran kehebatan itu harus diberikan pada si ruby merah, maka jangan hairan jika batu ruby merah lebih mahal dibandingkan permata berlian. Berlian sering ditemukan dalam jumlah yang banyak mereka diolah kembali dalam industri atau dijadikan perhiasan. Walaupun batu berlian dikenal sebagai batu yang paling keras, batu kelahiran April ini juga sangat rapuh dan boleh hancur jika dipukul dengan kuat berulang kali dengan pengetuk atau dengan kekuatan besar lainnya. Kata berlian berasal dari bahasa Yunani “Adamas” atau "baja paling keras".

Intan dapat disintetikkan dengan mengkristal karbon di bawah tekanan dan intan sintetik sekarang menjadi bisnes besar yang menguntungkan, mengalahkan berlian asli. Kadang-kadang disebut sintetik Moissanite dan cubic zirkonia, keduanya dievaluasi dan dikategorikan dengan skala penilaian yang sama seperti proses berlian yang asli tapi untuk dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Sintetis Moissanite, sebuah duplikasi intan memiliki karakteristik termal yang sama dengan berlian asli dan sebagian besar orang termasuk para pakar batu-batuan sampai sekarang tidak dapat membezakan keduanya.

Wednesday, 12 December 2012

CINCIN STEEL (PELBAGAI PERMATA)

 
 
Cincin Steel dengan pelbagai pilihan permata untuk anda
 

 
Sungguh indah dan menawan

FOSSIL SIPUT (AMMONITES)

 
 
AMMONITE PENDANT

Ammonite adalah fossil dari sejenis Mollusca yang hidup pada 70-150 juta tahun lalu (zaman Jurassic). Apa kegunaan Ammonite? Pada abad ke 16, Ammonite disebut Draconites yang beerti Kepala naga. Bahkan sampai saat ini Ammonite memiliki peranan penting dalam dunia supernatural di barat. Pada masa peradaban awal di Mesir, Ammonite di gunakan sebagai simbol dewa dewa, seperti dewa Aries dan sebagainya.
 
Di Ethiopia, Ammonite digunakan sebagai batu simbol suci, dan dipercayai dapat membantu para meditator dalam bermeditasi. Sedangkan di barat dalam sejarahnya, Ammonite dipercayai sebagai batu yang membawa keberuntungan dan keajaiban. di Asia saat ini, Ammonite dipercayai sebagai batu yang memiliki 5 unsur yang lengkap (Logam, Air, Kayu, Api, Tanah). dan sebagai aksesori wajib dalam dunia Fung shui modern, yang dipercaya dapat membawa keberuntungan kepada pemiliknya, ia juga dapat meneutralkan energi negative yang menyerang pemiliknya.
 

 
 
Pakar Fung shui mempercayai, setelah 70 juta tahun ‘beristirahat’didalam perut bumi, spiral dari Ammonite dipercayai menyimpan memori dan energi dari alam semesta sejak masa pembentukannya, dan mereka menamakannya sebagai The Smart Energy. Bagaimana cara memakai Ammonite ? Ammonite Dapat di pakai sebagai perhiasan, atau di jadikan perhiasan dirumah atau dipejabat. memakai ammonite dipercayai dapat menyeimbangkan energi (chi) murni manusia agar lebih stabil, dengan stabilnya energi maka tubuh manusia akan siap dan lebih sensitif untuk merespon energi positif, dimana dalam feng shui energi positif adalah energi yang membawa keberuntungan. dan secara natural Ammonite akan mengolah energi negatif yang datang dan menjadi neutral.

Menyimpan Ammonite di rumah atau dipejabat dan ruang ruang lainnya, dipercayai dapat menyelaraskan energi, dan membuat ruangan menjadi lebih nyaman dan segar, dimana orang akan bersemangat bekerja diruangan yang nyaman. dan ammonite juga secara alami menyaring energi negatif dan mengolahnya menjadi energi yang lebih baik.
 
 
Wallahualam....sebagai umat islam kita harus yakin bahawa sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa selain dari allah swt....
 

KAYU PERHIASAN 6


Kayu Kapal Berlubang (Cengal)






Kayu & Lesung Giling (Cengal)






Kayu Ikan Piranha (Meranti)

Friday, 7 December 2012

BATU PERMATA TIGER EYE (BP07)


Permata Tiger Eyes ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna

Batu mata harimau atau tiger eyes dikenali sebagai batu chatoyant yang paling popular (chatoyant maksudnya mampu memantulkan sinar atau cahaya yang beraneka ragam), warna aslinya adalah kuning, ada juga yang berwarna merah tua berkilau seperti emas dan dasar garis-garisnya seperti celoreng harimau.

Warna garisnyapun berbeza beza, ada yang kuning muda (dinamakan mata harimau) dan ada juga yang berwarna putih (disebut mata garuda). Pantulan warna warni yang berasal dari batu ini disebabkan oleh lapisan lapisan seperti serat yang banyak dan tipis sehingga setiap cahaya yang masuk dipantulkan oleh lapisan yang berbeza. Untuk melihatnya dengan jelas batu mata harimau ini dibuat atau dipotong menjadi bentuk cabochon karena dalam bentuk inilah batu ini dapat memaksimumkan pantulannya.





Batu ini berasal dari keluarga batu kuardza (quartz), maka dari itu semua batu jenis kuardza seperti batu akik (agate), batu akik bawang (chrysoprase), Batu asap (smoky quartz) mempunyai nilai keras 7 dalam skala Mohs, begitu juga batu tiger eyes ini. Batu ini berasal dari mineral crocidolite, mineral yang warna aslinya biru dan teroksidasi menjadi coklat keemasan dan lama kelamaan menjadi batu kuardza. Batu yang setengah jadi dalam proses silicification dan batunya masih berwarna kebiruan disebut Hawk's Eye atau batu mata garuda. Batu ini yang berwarna merah disebabkan oleh pemanasan yang harganya lebih mahal dan batunya lebih keras) untuk menipu pembeli. Fiber optic glass yang diproduksi dalam berbagai warna adalah cara yang paling banyak digunakan untuk me-imitasikan batu ini


Batu ini banyak ditemukan di Burma, Australia, Amerika dan India, tapi yang paling bagus biasanya berasal dari Afrika Selatan.



Kegunaan atau manfaat


Batu Tiger Eyes dipercayai memiliki kelebihan kelebihan antaranya ialah;

1. Mempunyai pengaruh yang hebat untuk kesihatan mata.
2. Mencegah ketagihan alkohol, tembakau dan zat stimulan lainnya.
3. Menyembuhkan penyakit perut tertentu seperti pencernaan, 
hempedu atau luka.
4. Melindungi pemilik dari binatang buas ketika berada di hutan belukar.


PERMATA MARJAN ASLI (LOKET)

 
 
Permata Marjan atau Coral sesuai dijadikan loket
 


CINCIN PERMATA AKIK



Kepada pencinta pencinta permata akik (Agate), anda boleh mendapatkan pelbagai jenis permata akik ini dengan harga yang berpatutan



Terdapat pelbagai corak dan warna mengikut citarasa anda


Batu akik, batu agate atau agaat adalah batu yang utama dari keluarga batu-batu akik. Batu agate adalah yang utama dari keluarga batu-batu calcedon dan di indonesia terkenal dengan nama batu akik. Batu akik ini dapat dikatakan tersebar di seluruh dunia. Warnanya pun bermacam macam, dari merah sampai putih susu, biru sampai hitam pekat. Biasanya batu akik terdapat garis-garis dengan warna yang berbeza seperti coretan, lingkaran atau urat. Batunya keras, nilai kerasnya pada kebiasaannya adalah 7  berdasarkan skala Mohs. Walaupun batu ini amat keras, batu ini juga boleh retak atau cacat jika terkena benda-benda kasar atau tajam. Batu akik juga mampu retak jika dibiarkan terjemur pada cuaca yang amat panas. Untuk menjaga batu ini cukup dengan meletakkannya di tempat yang dingin dan gelap
Akik sutera, bening dan menembus jika dipandang lama-lama dan agak tampak seperti ada sehelai sutera dalam batu. Akik cempaka berwarna merah pinang matang, kuning emas. Batu akik cempaka terdapat di bali, pulau2 sunda kecil dan maluku. Batu akik juga banyak ditemukan di Brazil, Uruguay dan Amerika. Banyak produk-produk yang terbuat dari batu akik berasal dari Jerman (negara yang menjadi pusat pemosresan batu akik).

Kegunaan atau manfaat:
Batu akik dipercayai memiliki pelbagai kelebihan antara lain seperti ;
1. Menolak racun dari binatang berbahaya seperti ular dan lain-lain.
2. Orang persia kuno (iran) percaya dapat menahan badai di laut.
3. Menyehatkan atau melancarkan peredaran darah.
4. Menghindarkan pemakai pada ancaman bahaya dan membawa tuah
5. Menghilangkan ketakutan dan mempertingkatkan konsentrasi.
6. Memberikan ketenangan dan meningkatkan keberanian.


Wallahualam,,,,,,,,






KAYU PERHIASAN 5


Kayu Tegak Bercampur Batu (cengal)






Kayu Buai (Cengal)







Kayu Dinosour Berdiri (Meranti)

Thursday, 29 November 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA AKIK GARUT PANCAWARNA (CP23)



Cincin perak 925 dengan Permata Akik Garut (Pancawarna) sungguh klassik dan menyerlahkan lagi sipemakai...menaikkan karisma dan kelihatan sungguh berkeyakinan.
 
 
 
...SOLD...

CINCIN PERAK 925 KEPALA SUASA PERMATA ALEXANDRITE (CP22)



Cincin Perak 925 dengan kepala suasa bertatahkan permata Alexandrite (Emerald Cut) yang sungguh anggun






Sememangnya indah...
 
 
...SOLD...

CINCIN PERAK 925 PERMATA DELIMA AFRIKA (CP21)



Cincin Perak 925 buatan tangan dengan Permata Delima Afrika, permata delima dengan potongan eye drop yang menarik

Wednesday, 21 November 2012

CINCIN EMAS PUTIH PERMATA BLUE SAPPHIRE (CP20)




Berikut adalah sebentuk cincin emas putih bertatahkan permata Blue Sapphire (ceylon). Tempahan seorang datin dari Sarawak






Ternyata sungguh indah


SOLD

CINCIN PERAK 925 PERMATA ZAMRUD COLUMBIA (CP19)



Sebentuk cincin perak 925, bertatahkan Permata Zamrud Columbia


Asal-usul Batu Zamrud

Zamrud atau Emerald merupakan keluarga beryl; berillium aluminium silika dengan kromium, Be3Al2(SiO3)6::Cr dengan pertambahan kromium dan kadangkala vanadium yang memberi warna hijau yang cantik pada batu permata ini. Emerald dalam Bahasa Greek bermaksud "green germstone" (diambil dari perkataan dalam bahasa Perancis kuno "esmeralde").
Terdapat juga sumber mengatakan perkataan emerald berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud hijau. Tamadun kuno seperti Inca dan Aztec di Amerika Selatan menganggap batu permata ini sebagai batu permata yang suci dan digunakan untuk upacara keagamaan. Malah Tamadun Mesir purba dipercayai telah menggunakan batu ini sebagai perhiasan untuk raja dan pembesar negara 3000 tahun sebelum Masihi. Tamadun Yunani juga menyaksikan Cleopatra menggunakan batu emerald sebagai perhiasan. Turut tersenarai ialah Maharaja dan Maharani India yang menggunakan emerald sebagai mahkota. Ini kerana masyarakat India percaya emerald membawa nasib yang baik serta kekayaan.
Emerald biasa dijumpai mempunyai inclusion dengan mineral lain. Dengan kekerasan dalam skala Mohs diantara 7 hingga 9, emerald merupakan batu permata yang boleh dipakai dan disesuaikan dengan pelbagai hiasan. Emerald mempunyai "natural luminosity" (kilauan asli) dimana warnanya hijau pudar tidak dapat dilihat dengan mendalam dengan mata kasar. Warna hijaunya unik dengan variasi spektrum dan ton warna yang sangat menarik apabila dipancarkan menggunakan cahaya UV. Emerald yang mempunyai kristal (inclusion) di bahagian dalam seperti retakan serta rekahan dan buih yang dikenali sebagai "jardin" mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Perkataan jardin berasal dari perkataan Greek yang bermaksud taman. Dahulu, manusia menggambarkan keindahan dalaman batu emerald sebagai "jardin of emerald" iaitu "taman yang indah di dalam batu emerald." Jardin ini secara tidak langsung meningkatkan lagi harga emerald di pasaran.
 Emerald yang mempunyai warna hijau pekat dengan jardin mempunyai harga yang sangat tinggi di pasaran. Emerald dari Zimbabwe dipercayai merupakan emerald yang tertua di dunia dengan usia menjangkau lebih daripada 260 juta tahun. Spesimen emerald dari Pakistan pula dianggarkan berusia 9 juta tahun lebih muda. Colombia merupakan pengeluar utama emerald yang berkualiti di dunia. Muzo dan Chivor yang terletak di Colombia dimana emerald dilombong oleh Tamadun Inca purba merupakan emerald yang paling berkualiti dan bernilai di dunia. Kini, Coscuez merupakan lombong emerald yang terbesar di Colombia dan di dunia. Selain itu, terdapat juga emerald dari Zambia, Brazil, Zimbabwe, Madagascar, Pakistan, India, Afghanistan dan Russia. Emerald yang tulen mempunyai komposisi chromium dan vanadium yang memberikan pancaran cahaya yang menarik.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, beryl asli tidak berwarna. Hasil pertambahan logam dan unsur lain menyebabkan beryl mempunyai warna yang pelbagai. Jika dilihat dari sudut kimia-mineralogi, emerald merupakan berillium aluminium silika dengan kromium atau vanadium. Biasanya bahan-bahan ini tidak berada bersama-sama di dalam kerak bumi. Akibat daripada proses tektonik yang intensif seperti orogenesis, metamorfosis, dan hakisan, bahan-bahan ini bergabung membentuk kristal emerald. Tekanan mekanikal dan haba yang kuat pula membantu pertumbuhan kristal emerald dan membentuk satu ikatan kimia yang kuat. Kesan rekahan atau buih di dalam batu permata ini pula terjadi akibat dari kehilangan air dan juga udara yang terperangkap semasa pembentukan kristal emerald. Hasil daripada tekanan dan proses sintesis kimia yang mengambil masa berjuta-juta tahun, emerald terhasil dengan corak dalaman yang sangat unik.
Namun terdapat juga emerald yang mempunyai kristal yang seolah-olah tumbuh di dalamnya. Ini terjadi kerana kristal-kristal ini masih lagi berada dalam proses pertumbuhan dalam peringkat kedua dan ketiga. Emerald yang berharga tanpa sebarang jardin juga wujud. Emerald ini bersifat lutsinar dengan warna hijau yang menarik dan sangat jarang ditemui. Ini kerana emerald tanpa jardin terhasil akibat dari gangguan semasa proses kejadiannya. Oleh itu hanya berillium aluminium silika dengan kromium sahaja yang menghasilkan emerald ini tanpa sebarang unsur lain. Emerald ini sangat berharga dan menjadi buruan penggemar batu permata kerana jarang dijumpai terutama sekali dalam saiz yang besar. Emerald merupakan batu permata yang sentiasa dikagumi sejak zaman dahulu lagi.
Oleh sebab inilah kebanyakan emerald yang terkenal kini hanya boleh dilihat di muzium dan dijadikan sebagai koleksi sahaja. Di New York Museum of Natural History sebagai contoh, mempamerkan sebuah cawan yang diperbuat dari emerald yang dimiliki oleh Maharaja Jehangir. Di sebelah cawan tersebut pula dipamerkan emerald yang merupakan salah satu emerald dari Colombia yang terbesar yang dikenali sebagai Patricia seberat 632 karat. Koleksi Bank of Bogota pula mempunyai beberapa batu emerald termasuk 5 batu emerald yang sangat berharga seberat 200 hingga 1976 karat dimana sebahagian emerald ini pernah dimiliki oleh Maharani Farah seorang Maharani negara Parsi (kini dikenali sebagai negara Iran). Maharaja Turki juga dikenali sebagai seorang yang menggemari batu emerald. Salah satu simpanan Istana Topkapi di Istanbul merupakan sebilah keris yang dihiasi dengan batu emerald dan beberapa batu permata lain yang merupakan simbol keagungan Maharaja Turki. Emerald terbesar di dunia dijumpai di lombong La Vega de San Juan dekat Gachalá, Colombia.
 Emerald ini dikenali sebagai Gachala Emerald seberat 858 karat dijumpai pada tahun 1967 yang kini dipamerkan di National Museum of Natural History of the Smithsonian Institution dekat Washington DC. Gachala Emerald didermakan oleh Harry Winston seorang pengumpul batu permata di New York. Satu lagi emerald yang terkenal dikenali sebagai Chalk Emerald seberat 37.82 karat yang telah didermakan oleh Mr. dan Mrs. O. Roy Chalk pada 1972 yang kini turut dipamerkan diNational Museum of Natural History of the Smithsonian Institution dekat Washington DC. Satu lagi emerald yang besar ialah "Mogul Emerald" yang dijumpai sekitar tahun 1695, seberat 217.80 karat dengan ketinggian 10 cm. Di sebelah permukaan batu ini diukir dengan teks yang dipercayai ayat-ayat suci manakala di sebelah lagi diukir dengan ukiran flora. Emerald ini telah dilelong oleh Christie's of London kepada seorang pembeli dengan harga 2.2 juta US Dollar pada 28 September 2001.
 Emerald asli biasanya mempunyai harga yang sangat tinggi. Lebih pekat dan cantik warna hijaunya, lebih mahal harganya di pasaran. Kini terdapat juga emerald sintetik yang boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Emerald sintetik dibuat melalui satu proses yang dinamakan Carroll Chatham. Satu lagi jenis emerald sintetik dibuat melalui proses yang dinamakan Pierre Gilson Sr. yang telah berada di dalam pasaran sejak tahun 1964. Emerald Gilson terhasil daripada perkembangan emerald sintetik dari beryl tidak berwarna. Kadar pertumbuhannya sangat perlahan; kira-kira 1mm bagi sebulan dan memerlukan masa 7 bulan untuk mencapai ketebalan 7mm. Emerald merupakan permata yang sangat jarang ditemui dalam saiz yang besar. Selain itu, emerald yang berkualiti sangat sukar ditemui, contohnya "Trapiche emeralds" yang hanya didapati di Colombia yang mempunyai 6 sudut pancaran cahaya (six rays emanating) dari tengah.
Emerald yang cantik dengan warna hijau tua berasal dari Zambia. Warna hijaunya lebih pekat berbanding emerald dari Colombia. Selain itu, Brazil juga mempunyai emerald yang jarang ditemui yang dikenali sebagai "Cat's eye emerald" yang mempunyai kesan cat's eye di bahagian tengah batu.Emerald merupakan birthstone bagi bulan Mei. Dahulu, emerald hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar sebagai simbol keagungan dan kekuasaan.






Sungguh indah disarung dijari manis,
 
 
 
...SOLD...

Tuesday, 20 November 2012

BESI KUNING ASLI



SEJARAH DAN MITOS BESI KUNING INI DIKATAKAN MEMPUNYAI KEKUATAN YANG TIDAK DAPAT DITANDINGI OLEH MANA-MANA BESI DI DUNIA. DIKATAKAN JUGA BESI-BESI LAIN TAKUT KEPADANYA. HARGA PASARAN KEPOMPONG BESI KUNING INI MENCAPAI SEHINGGA  RIBUAN RINGGIT KERANA KESUKARAN MENDAPATKANNYA.
WALLAHUALAM....

BESI merupakan salah satu daripada tujuh unsur yang terdapat pada alam. Sifat besi yang beraneka ragam, dapat melawan panas, melawan lapuk, kukuh dan kelenturan menerima magnet menjadikannya sebagai unsur yang amat bermanfaat bagi manusia. Terdapat  pelbagai jenis besi. Antaranya, yang mendapat tempat istimewa dalam masyarakat Melayu zaman-berzaman ialah besi kuning dan besi kursani.

Besi kuning merupakan besi yang jarang dijumpai. Ia dipercayai berasal sarang tawon tua (sarang lebah), biasanya ada di atas gunung. Pada titik tertentu tersembunyi dari sarang tawon itu, terdapat satu bentuk kepompong kecil yang membatu dan ada lubangnya sebesar lubang jarum. Di dalam kepompong itulah terdapat sepasang besi berwarna kuning, yang disebut dengan istilah Besi Kuning. Orang Melayu dahulu kala percaya besi kuning boleh membuat pemiliknya kebal dan digeruni. Dikatakan juga, pemiliknya akan didatangi kuasa ghaib secara semula jadi. Ada orang yang mengatakan bahawa keris Taming Sari menggunakan campuran besi kuning selain
enam besi yang lain.

KAYU PERHIASAN 4


Kayu Gumpalan Awan Bertemu Urat (Cengal)



Kayu Wayang Kulit Terengganu (Cengal)



Kayu Tongkat Rusuk (Meranti)