Sebentuk cincin perak 925, bertatahkan Permata Zamrud Columbia
Asal-usul Batu Zamrud
Zamrud atau Emerald merupakan keluarga beryl; berillium aluminium silika dengan kromium, Be3Al2(SiO3)6::Cr dengan pertambahan kromium dan kadangkala vanadium yang memberi warna hijau yang cantik pada batu permata ini. Emerald dalam Bahasa Greek bermaksud "green germstone" (diambil dari perkataan dalam bahasa Perancis kuno "esmeralde").
Terdapat juga sumber mengatakan perkataan emerald berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud hijau. Tamadun kuno seperti Inca dan Aztec di Amerika Selatan menganggap batu permata ini sebagai batu permata yang suci dan digunakan untuk upacara keagamaan. Malah Tamadun Mesir purba dipercayai telah menggunakan batu ini sebagai perhiasan untuk raja dan pembesar negara 3000 tahun sebelum Masihi. Tamadun Yunani juga menyaksikan Cleopatra menggunakan batu emerald sebagai perhiasan. Turut tersenarai ialah Maharaja dan Maharani India yang menggunakan emerald sebagai mahkota. Ini kerana masyarakat India percaya emerald membawa nasib yang baik serta kekayaan.
Emerald biasa dijumpai mempunyai inclusion dengan mineral lain. Dengan kekerasan dalam skala Mohs diantara 7 hingga 9, emerald merupakan batu permata yang boleh dipakai dan disesuaikan dengan pelbagai hiasan. Emerald mempunyai "natural luminosity" (kilauan asli) dimana warnanya hijau pudar tidak dapat dilihat dengan mendalam dengan mata kasar. Warna hijaunya unik dengan variasi spektrum dan ton warna yang sangat menarik apabila dipancarkan menggunakan cahaya UV. Emerald yang mempunyai kristal (inclusion) di bahagian dalam seperti retakan serta rekahan dan buih yang dikenali sebagai "jardin" mempunyai nilai yang tinggi di pasaran. Perkataan jardin berasal dari perkataan Greek yang bermaksud taman. Dahulu, manusia menggambarkan keindahan dalaman batu emerald sebagai "jardin of emerald" iaitu "taman yang indah di dalam batu emerald." Jardin ini secara tidak langsung meningkatkan lagi harga emerald di pasaran.
Emerald yang mempunyai warna hijau pekat dengan jardin mempunyai harga yang sangat tinggi di pasaran. Emerald dari Zimbabwe dipercayai merupakan emerald yang tertua di dunia dengan usia menjangkau lebih daripada 260 juta tahun. Spesimen emerald dari Pakistan pula dianggarkan berusia 9 juta tahun lebih muda. Colombia merupakan pengeluar utama emerald yang berkualiti di dunia. Muzo dan Chivor yang terletak di Colombia dimana emerald dilombong oleh Tamadun Inca purba merupakan emerald yang paling berkualiti dan bernilai di dunia. Kini, Coscuez merupakan lombong emerald yang terbesar di Colombia dan di dunia. Selain itu, terdapat juga emerald dari Zambia, Brazil, Zimbabwe, Madagascar, Pakistan, India, Afghanistan dan Russia. Emerald yang tulen mempunyai komposisi chromium dan vanadium yang memberikan pancaran cahaya yang menarik.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, beryl asli tidak berwarna. Hasil pertambahan logam dan unsur lain menyebabkan beryl mempunyai warna yang pelbagai. Jika dilihat dari sudut kimia-mineralogi, emerald merupakan berillium aluminium silika dengan kromium atau vanadium. Biasanya bahan-bahan ini tidak berada bersama-sama di dalam kerak bumi. Akibat daripada proses tektonik yang intensif seperti orogenesis, metamorfosis, dan hakisan, bahan-bahan ini bergabung membentuk kristal emerald. Tekanan mekanikal dan haba yang kuat pula membantu pertumbuhan kristal emerald dan membentuk satu ikatan kimia yang kuat. Kesan rekahan atau buih di dalam batu permata ini pula terjadi akibat dari kehilangan air dan juga udara yang terperangkap semasa pembentukan kristal emerald. Hasil daripada tekanan dan proses sintesis kimia yang mengambil masa berjuta-juta tahun, emerald terhasil dengan corak dalaman yang sangat unik.
Namun terdapat juga emerald yang mempunyai kristal yang seolah-olah tumbuh di dalamnya. Ini terjadi kerana kristal-kristal ini masih lagi berada dalam proses pertumbuhan dalam peringkat kedua dan ketiga. Emerald yang berharga tanpa sebarang jardin juga wujud. Emerald ini bersifat lutsinar dengan warna hijau yang menarik dan sangat jarang ditemui. Ini kerana emerald tanpa jardin terhasil akibat dari gangguan semasa proses kejadiannya. Oleh itu hanya berillium aluminium silika dengan kromium sahaja yang menghasilkan emerald ini tanpa sebarang unsur lain. Emerald ini sangat berharga dan menjadi buruan penggemar batu permata kerana jarang dijumpai terutama sekali dalam saiz yang besar. Emerald merupakan batu permata yang sentiasa dikagumi sejak zaman dahulu lagi.
Oleh sebab inilah kebanyakan emerald yang terkenal kini hanya boleh dilihat di muzium dan dijadikan sebagai koleksi sahaja. Di New York Museum of Natural History sebagai contoh, mempamerkan sebuah cawan yang diperbuat dari emerald yang dimiliki oleh Maharaja Jehangir. Di sebelah cawan tersebut pula dipamerkan emerald yang merupakan salah satu emerald dari Colombia yang terbesar yang dikenali sebagai Patricia seberat 632 karat. Koleksi Bank of Bogota pula mempunyai beberapa batu emerald termasuk 5 batu emerald yang sangat berharga seberat 200 hingga 1976 karat dimana sebahagian emerald ini pernah dimiliki oleh Maharani Farah seorang Maharani negara Parsi (kini dikenali sebagai negara Iran). Maharaja Turki juga dikenali sebagai seorang yang menggemari batu emerald. Salah satu simpanan Istana Topkapi di Istanbul merupakan sebilah keris yang dihiasi dengan batu emerald dan beberapa batu permata lain yang merupakan simbol keagungan Maharaja Turki. Emerald terbesar di dunia dijumpai di lombong La Vega de San Juan dekat Gachalá, Colombia.
Emerald ini dikenali sebagai Gachala Emerald seberat 858 karat dijumpai pada tahun 1967 yang kini dipamerkan di National Museum of Natural History of the Smithsonian Institution dekat Washington DC. Gachala Emerald didermakan oleh Harry Winston seorang pengumpul batu permata di New York. Satu lagi emerald yang terkenal dikenali sebagai Chalk Emerald seberat 37.82 karat yang telah didermakan oleh Mr. dan Mrs. O. Roy Chalk pada 1972 yang kini turut dipamerkan diNational Museum of Natural History of the Smithsonian Institution dekat Washington DC. Satu lagi emerald yang besar ialah "Mogul Emerald" yang dijumpai sekitar tahun 1695, seberat 217.80 karat dengan ketinggian 10 cm. Di sebelah permukaan batu ini diukir dengan teks yang dipercayai ayat-ayat suci manakala di sebelah lagi diukir dengan ukiran flora. Emerald ini telah dilelong oleh Christie's of London kepada seorang pembeli dengan harga 2.2 juta US Dollar pada 28 September 2001.
Emerald asli biasanya mempunyai harga yang sangat tinggi. Lebih pekat dan cantik warna hijaunya, lebih mahal harganya di pasaran. Kini terdapat juga emerald sintetik yang boleh didapati di pasaran dengan harga yang berpatutan. Emerald sintetik dibuat melalui satu proses yang dinamakan Carroll Chatham. Satu lagi jenis emerald sintetik dibuat melalui proses yang dinamakan Pierre Gilson Sr. yang telah berada di dalam pasaran sejak tahun 1964. Emerald Gilson terhasil daripada perkembangan emerald sintetik dari beryl tidak berwarna. Kadar pertumbuhannya sangat perlahan; kira-kira 1mm bagi sebulan dan memerlukan masa 7 bulan untuk mencapai ketebalan 7mm. Emerald merupakan permata yang sangat jarang ditemui dalam saiz yang besar. Selain itu, emerald yang berkualiti sangat sukar ditemui, contohnya "Trapiche emeralds" yang hanya didapati di Colombia yang mempunyai 6 sudut pancaran cahaya (six rays emanating) dari tengah.
Emerald yang cantik dengan warna hijau tua berasal dari Zambia. Warna hijaunya lebih pekat berbanding emerald dari Colombia. Selain itu, Brazil juga mempunyai emerald yang jarang ditemui yang dikenali sebagai "Cat's eye emerald" yang mempunyai kesan cat's eye di bahagian tengah batu.Emerald merupakan birthstone bagi bulan Mei. Dahulu, emerald hanya dipakai oleh golongan bangsawan, raja-raja dan pembesar sebagai simbol keagungan dan kekuasaan.
Sungguh indah disarung dijari manis,
...SOLD...
No comments:
Post a Comment