Saturday, 3 November 2012

CINCIN PERAK 925 PERMATA WATERMELON TOURMALINE (CP09)




Batu tourmaline sering disebut sebagai batu bunglon kerana batu tourmaline ini beraneka ragam warnanya termasuk hitam dan putih namun yang paling dikenali biasanya yang berwarna merah muda. Ada pula terdapat beberapa macam warna seperti warna pelangi. Batu tourmaline bukan hanya indah warnanya tapi juga dipercayai dapat merealisasikan sesuatu impian. Jika dipanaskan warna batu ini akan berubah-ubah dan akhirnya akan menjadi suram dan kilauannya yang bening seperti kaca akan hilang. 



Nama-nama batu tourmaline dikategorikan sesuai
dengan warnanya:
batu batu tourmaline




Warna merah dan pink = rubellite
Warna biru = indicolite / indigolite
Warna hijau = verdelite
Warna kuning = dravit
Warna hitam = schorl
Tak berwarna = achroit










Ramai yang terkeliru apabila melihatnya kerana kita menyangka batu nilam, kerana warnanya yang biru seakan akan batu nilam, ada juga yang menyerupai batu zamrud kerana warnanya yang hijau seperti zamrud, “rubellite” (nama untuk tourmaline warna merah atau merah muda) juga sering dianggap sebagai batu delima. Batu tourmaline yang berwarna hijau dan merah sangat jarang ditemui.





Batu tourmaline memiliki gabungan chemical dari boron, silicate dan alumunium. Warna indah dari batu tourmaline ini kebanyakan berasal dari chrome, besi, vanadium dan manganese, ada juga dari tembaga. Batu tourmaline mempunyai nilai keras 7.5 berdasarkan daftar keras Mohs membuat kan batu tourmaline termasuk ke dalam batu yang hebat.






Batu tourmaline banyak ditemukan di Brazil, California, Pakistan, Afghanistan, Afrika Timur, Madagascar, Srilanka dan Rusia.




No comments:

Post a Comment