Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui...setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya. Gemunggal ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri...namun begitu harus diingat apapun jua ianya datang dari Allah....
Gemunggal / Kelor Kampung :
Urat-uratnya
yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya
bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika
yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua. Warnanya juga akan berubah
daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi
kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang
tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba daripada
terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh.
Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan
berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan
akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika
direndam dalam air.
Gemunggal / Kelor Bukit :
Susunan
lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat
bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka
yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada
jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air.
Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit yang
uratnya seperti jenis yang kampung.
Gemunggal / Kelor Pulau :
Keratan rentas gelang uratnya terdapat
putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan
muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya,
timbul jika direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang
tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada
yang tumbuh di daratan luas ”
Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah
dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar
tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil.
Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo .
Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang.
Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar / Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat,
warna dan kekerasannya
Serba Sedikit Kegunaannya:
Kelebihan
Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal
senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa
seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan
mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena
sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.Teras
Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki
pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah
dengan niat jahat. Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para
datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain
boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat
menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.
Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki, malah kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu membantu kaum wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga atau keempat. Teras gemunggal ini, apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya). Teras gemunggal ini sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah kita tidak akan terperdaya. Teras gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat, juga ahli korporat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Pengunanya ramai di kalangan VIP terutamanya Dato-Dato yang memerlukan keselamatan diri. Ini kerana kayu gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.
Menawarkan racun dalam makanan:
sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
Menjauhkan dari terkena hikmat sihir:
terasnya dipakai menjadi permata cincin
yang bersentuh dengan kulit.
Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan
menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang
bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin. Mengeluarkan raksa daripada
tubuh: bila memakai terasnya Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam
kira-kira 2 minit, maka diminum Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan
diberi minum Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam,
dibubuh pada tetek ibu
Bisul:
Terasnya diasah, disapu pada mata bisul...insyallah bisul akan beransur hilang dalam masa yang singkat
Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis
Kena santau,
racun dan bisa dalam tubuh:
Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3
minit, diminum.
Digigit ular,lipan atau apa jua binatang berbisa:
Terasnya diasah dan disapu pada tempat
yang kena gigit.
Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan Ketajaman
gerak hati(Indera Ke-enam),kewibawaan dll . Mengelak dari dipukau,digendam
dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari tangan Kemuncak
kelebihan teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan
kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.
kita seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya serta sentiasa
mengingati Allah SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam memperoleh
keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya
dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Semoga ia dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan
Negara,INSYA ALLAH.
BERMINAT? SILA CALL @ SMS