Permata Opal/ Kalimaya
Batu opal mempunyai nilai
keras 5.5-6.5 berdasarkan daftar keras Mohs, mereka menempati di urutan ke
lapan. Komposisinya pun agak sederhana iaitu kiezelzuur dan air dan
bermacam-macam logam yang menyebabkan batu opal memantulkan beraneka ragam
warna. Dari segala macam variasi warna, batu opal yang berwarna merah dan hitam
adalah yang paling langka dan warna putih dan hijau adalah yang paling umum.
Batu opal yang mempunyai dasar background hitam lebih berharga daripada yang
putih.
Tapi dari semua itu batu opal yang memantulkan beraneka ragam warna
adalah yang paling tinggi nilainya. Kerana salah satu komposisi dari batu opal
itu adalah air (3-10% bahkan ada yang sampai 20%) maka hati-hati jangan biarkan
batu ini menjadi terlalu kering kerana akan mudah retak. Batu opal juga merupakan batu dari
negara Australia. Batu opal juga banyak disukai oleh para raja dan bangsawan.
Permainan warna pada permata opal disebabkan oleh butiran-butiran halus silica
yang tersusun sangat rapi dan berfungsi membelokkan cahaya serta
memancarkannya, sehingga menyebabkan warna-warna pelangi muncul saat
dilihat dari sudut berbeza.
Terdapat beberapa jenis opal yang dikenal masyarakat umum seperti:
Opal biasa (common opal):
Opal biasa (common opal):
Opal yang tidak menunjukkan permainan warna
sama sekali.
Opal putih (white opal):
opal berwarna putih, abu-abu, putih susu, hanya memiliki sedikit permainan warna atau tidak ada sama sekali.
Opal hitam (black opal):
opal berwarna agak gelap kehitaman atau kecokelatan dengan permainan warna, sehingga membuatnya lebih kontras.
Boulder opal:
opal yang masih menempel pada batuan.
Matrix opal:
opal yang masih menempel pada batuan sebagai garis atau bercak-bercak warna.
Fire opal:
opal tembus pandang atau sedikit tembus pandang berwarna merah, orange, kuning atau kecoklatan dengan sedikit permainan warna atau tidak ada sama sekali.
Kegunaan atau manfaat
Mungkin batu opal adalah salah satu batu yang dipercayai mempunyai pengaruh
buruk dan pengaruh baik buat si pemakai, selain batu
intan seperti The Hope
atau Koh-i-noor.
Kepercayaan yang berlawanan ini sering membuat orang bingung manakah yang
benar.
Salah satu kepercayaan sesetengah orang iaitu batu opal tidak baik dan hanya menimbulkan nafsu buat si pemilik, membuat fikiran kacau, menggoncangkan urat saraf. Orang Cina juga menganggap batu ini dapat merosak keharmonian rumah tangga, dan memberi impak buruk terhadap kesihatan.
Salah satu kepercayaan sesetengah orang iaitu batu opal tidak baik dan hanya menimbulkan nafsu buat si pemilik, membuat fikiran kacau, menggoncangkan urat saraf. Orang Cina juga menganggap batu ini dapat merosak keharmonian rumah tangga, dan memberi impak buruk terhadap kesihatan.
Namun ada juga sebagian orang yang percaya bahawa memiliki batu opal ini dapat
membahagiakan si pemakainya (umumnya bercahaya jika pemiliknya sedang bahagia dan
tidak bercahaya jika pemiliknya sedang murung), menyembuhkan penyakit mata,
lemah zakar atau impotensi, dan meningkatkan daya ingatan. Opal berwarna hitam
dikatakan tidak boleh sebarang orang memilikinya, jika tidak bersesuaian maka batu
opal itu akan membawa bencana kepada pemakainya dan jika ianya sesuai maka ia akan membawa kebahagiaan buat
si pemiliknya. Apapun jua terpulang kepada kepercayaan masing masing...
Dalam sisi astrology, zodiac
Dalam
dunia astrology atau perbintangan batu opal dihubungkan dengan zodiac Libra
dan Scorpio.
BERMINAT? SILA CALL @ SMS
No comments:
Post a Comment