CINCIN PERAK 925 BERTATAHKAN BATU OPAL ASLI
Opal berasal dari perkataan Sanskrit "upala", Greek "opallios", dan Latin "opalus" yang membawa maksud batu yang berharga. Opal tidak begitu kukuh kerana kekerasan pada skala Mohs hanya dalam lingkungan 5.5 hingga 6.5 disebabkan struktur yang amorphous. Opal salah satu batu permata yang berharga dimana ianya setanding dengan sapphire, emerald, dan ruby.
Opal mempunyai warna yang menarik kerana kandungan ferum (Fe) dan air yang memberikan warna berkilauan. Selain dari itu, kandungan air yang terikat di dalam struktur atomnya menjadikan batu permata ini tidak mempunyai "jardin" (kesan seakan-akan retak) di bahagian dalam batu permata ini. Pakar gemologi mengkelaskan opal mengikut warna dan corak. Antaranya ialah Dark atau Black Opal, White atau Light Opal, Milk; atau Crystal Opal,Boulder Opal, Opal Matrix, Yowah Nuts (dari Queensland yang juga digelar "picture stones"), Mexican Opal yang juga dikenali sebagai "Fire Opal".
Opal telah digunakan sejak Tamadun Rom dimana opal digambarkan sebagai batu permata yang cantik dan berharga. Menurut ahli alamiah dan penulis Tamadun kuno Rom terkenal; Pliny, opal digambarkan mempunyai kilauan cahaya alamandine, warna ungu berkilauan seperti amethyst, kuning keemasan seperti topaz, dan biru gelap seperti sapphire dan kesemua warna ini terserlah sebagai gabungan warna yang sangat indah.
Opal mempunyai struktur dalaman yang mempunyai warna yang cantik. Precious opal merupakan komposisi silika berbentuk sfera yang tersusun rapi secara rapat dalam susunan hexagonal atau kubik. Susunan atom silika yang sangat rapi ini menjadikan opal berharga mempunyai "asterism" sebagai fenomena optikal (optical phenomenon) yang digambarkan dengan warna berkilauan yang dipancarkannya. Warna pada opal berharga terjadi dengan kehadiran elemen seperti besi, basalt, obsidian, atau quartz ataupun kombinasi beberapa elemen tersebut. Opal berharga agak sukar untuk dipotong atau dicanai mengikut "luster". Pada kebiasaannya, opal berharga didapati dalam bentuk bulat atau bujur. Ini kerana lapisan luarannya yang rapuh dan sukar untuk dibentuk.

Australia merupakan negara pengeluar opal utama di dunia dengan menguasai 95% pasaran dunia. Selain itu, opal juga dilombong di Brazil, Amerika Syarikat, Mexico, dan Mali.
Opal digunakan untuk merawat penyakit Parkinson, jangkitan, demam dan boleh menguatkan ingatan. Selain itu juga ia bertindak membersihkan darah dan buah pinggang dan juga mengawal insulin serta memudahkan proses bersalin. Ia juga berfaedah untuk mata, terutamanya sebagai penawar.
Opal merupakan birthstone bagi bulan Oktober. Di dalam lagenda purba, Tamadun Rom dan Greek percaya opal diberi oleh dewi bulan sebagai "ophthalmios" (batu mata). Orang Arab pula percaya bahawa opal jatuh dari syurga ketika petir menyambar, dari situ opal mendapat warnanya yang berapi. Namun kepercayaan lama batu opal ini tidak mempunyai asas yang jelas dan hanya tinggal sebagai legenda yang dibawa dari mulut ke mulut.
BERMINAT? SILA CALL @ SMS
No comments:
Post a Comment